KEPENTINGAN AIR KEPADA MANUSIA

 sumber:http://geografi_mozac.tripod.com/kepentingan_kepada_manusia.html

Sejak bermulanya tamadun manusia, sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. 
Tamadun manusia

  • Kebanyakan bandar-bandar yang wujud sekarang bermula dengan perkampungan kecil yang berkembang mengikut masa. 
  • Sebagai contoh bandaraya Kuala Lumpur yang berkembang dari perkambungan perlombongan bijih timah di pertemuan antara sungai Gombak dan Sungai Kelang
  • Contoh  lain adalah seperti Shanghai, Calcutta dan Karachi
Bekalan Air
  • Air dari sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian seperti kawasan penanaman padi di Dataran Kedah, Dataran Kelantan, Delta Irrawaddy dan Delta Menam Chao Phraya
  • Air sungai juga digunakan untuk kegunaan industri seperti industri pemprosesan Kelapa Sawit
  • Sungai juga berperanan dalam kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi

Pengangkutan
  • Manusia menggunakan sungai untuk mengangkut barangan pukal ke kawasan-kawasan pendalaman yang tidak dapat dihubungi dengan jalanraya seperti sungai Chao Pharaya yang dapat dimudik sehingga 400 km dari muara ke pendalamannya pada musim hujan dan 200 km pada musim kemarau, Sungai  Irrawaddy (dapat dimudik sehingga 1440 km dari muara hingga Bamor) dan Sungai Tigris

Makanan 
  • Sungai banyak memberikan sumbangan kepada manusia dengan membekalkan sumber protein yang penting untuk badan seperti ikan air tawar terutamanya bagi penduduk di kawasan pendalaman.

Kuasa hidroelektrik
  • Sungai yang bersaliran deras di bahagian hulu sesuai untuk menjana kuasa elektrik hidro seperti Sungai Huang he dan Sungai Indus
Rekreasi
  • Banyak aktiviti rekreasi dijalankan di sepanjang sungai seperti berkayak, memancing dan berenang

Estatika
  • Sesetengah sungai dikenali dengan kecantikannya seperti sungai Niagara yang popular untuk berbulan madu dan percutian

PANDUAN MENGHIDANGKAN MAKANAN UNTUK KANAK-KANAK


*HIDANGKAN MAKANAN YANG BERANEKA WARNA DAN BENTUK YANG MENARIK PERHATIAN KANAK-KANAK




*TAMBAH SEDIKIT PERHIASAN SEPERTI CORAK ATAU SUSUNAN MAKANAN SEBELUM DIHIDANGKAN





*GUNAKAN PERALATAN MAKANAN YANG BERANEKA WARNA DAN BENTUK YANG MENARIK















PIRAMID MAKANAN


pyramid makanan yang diperlukan oleh tubuh


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.


Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?


Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.


Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.


Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).


Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.


Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.


Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.

Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.


Sumber : Utusan Pengguna

MAKAN MAKANAN SEGERA MENJEJASKAN KESIHATAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada zaman yang moden ini banyak makanan segera yang dijual di seantero dunia.  Makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi,  penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.
Apakah  manakan segera ini? Makanan  segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang  digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Contoh makanan segera serta kandungannya
 
Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat